Posts

Blurb Babby Batrisya karya terbaru Sharina Elisa

Image
 ‘Kenapa mereka yang sepatutnya lindungi aku, maki aku? Fitnah aku?! Kenapa aku yang kena lalui semua ni? Kenapa bukan orang lain?’ BLURB SEBAIK SAHAJA urusan pengebumian Anuar selesai, Aisyah memperdaya Trisya ke sebuah masjid dan meninggalkan adiknya yang berusia enam tahun itu di situ. Seorang wanita yang dikenali sebagai tok wan menawarkan diri untuk menghantar Trisya pulang. Malangnya, mereka telah terdengar pertengkaran antara Mahani dan Aisyah. Dari situ, Trisya mengetahui punca kenapa Mahani tidak pernah menyenangi kewujudannya. “Esyah tahulah mak tak suka Trisya tu. Kalau mak tak suka, kenapa nak biar dia duduk kat sini lagi? Esyah pun tak sukalah dengan Trisya. Esyah tahu… dia bukan adik Esyah, kan?" Dia bukan anak ayah, kan?” – AISYAH Datin Paduka Dahlia (tok wan) telah menjadikan Trisya sebagai cucu angkat dan tinggal bersama. Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati anak dan menantu. Makin membara cemburu mereka apabila tok wan menubuhkan sebuah syarikat yang dina

Novel Soul OFFICIAL COVER

Image
“Kau duduk dalam penjara tu belajar apa, hah? Belajar dengan orang jahat sampai… .” “Kalau bukan kerana mak cik, saya tak meringkuk ke dalam sana! Sekarang, mak cik cakap! Mana mak?” “Aku cakap mak kau dah mampus! Kau pekak ke?” Tanpa sedar, laju tangan Elva menampar pipi Katrina hingga tersembam di atas lantai. “Mak cik! Elva!” Bergegas Aida mendapatkan tubuh tua itu. “Anak derhaka!” Katrina mengigil takut. Nampaknya, dia perlu lakukan sesuatu sebelum Elva menguasai segalanya. Dia tidak boleh biarkan Elva bebas di rumah itu. Orang asing seperti Elva tidak berhak mendiami rumah pusaka milik arwah suaminya itu. #soul #fantasi #sharinaelisa #kejoubook #novelmelayu

SOUL & LIFE AFTER DEATH

Image
  PRE ORDER KINI DI BUKA KEJOU BOOK & RC PUBLICATION GABUNGANMANTAP ) Free Gift 200 orang terawal (pembelian terus menerusi kejouPenerbitan Kejou Book LIVE AFTER DEATH - Adhara syakil Pernah kau rasa diri kau diperhatikan sedangkan kau berseorangan dalam bilik? Pernah kau bayangkan dunia yang mempunyai tujuh dimensi ini bersatu dengan hanya pandangan mata? ​Mungkin kau fikir ini cerita hantu, tetapi kau silap. Memang mataaku istimewa tapi ada yang lebih istimewa dari mata aku. Dia, gadis yang aku tak tahu muncul dari mana, tetapi sekali pandang, terus menyelinap pada saraf hati. ​Hadirnya dia melekakan aku, dia bimbing aku keluar dari realiti dan masuk ke fantasi dia dan aku. Siapa dia? Itu yang sedang aku cari. Di sebalik kewujudan dia dalam hidup aku, aku tahu dia perlukan aku. Untuk apa, aku tak pasti. ​Tanpa aku sedar, niat aku bukan sekadar menolongnya. Niat aku untuk mendekatinya kerana aku suka jantung aku mengepam darah laju. Otot pipi pula akan suka buat senaman senyum

Novel SOUL - Coming Soon Januari 2021

Image
  COMING SOON COVER BELUM OFFICIAL LAGI TAU SOUL SHARINA ELISA “Mesti kau ingat kau ni manusia, kan?” Elva terperanjat. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang. "Kau ni siapa? Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa?” Adam ketawa lagi. “Serius kau ingat kau manusia?” Elva mahu pergi. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Lelaki seperti Adam mesti seorang yang gila. Kalau dia bukan manusia, habis dia golongan apa? Hantu syaitan? Elva, puteri bunian yang dibesarkan oleh manusia. Kerana satu insiden, dia telah dihumban ke dalam penjara. Adam, si panglima bunian yang telah lama memerhati. Hadirnya dia demi satu amanah yang besar. Dia telah ditugaskan untuk membawa Elva kembali ke dunia asal. Kalau kita bukan manusia, kita ni apa? – Elva Bunian - Adam Akan datang januari ini.. 10 Tokmad Tujuh, Saifull Ismail and 8 others 8 comments 2 shares Like Comment Share

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Image
07/02/2019 DELINA AKU ANTROPOMORFIK SHARINA ELISA MAGIC BEAN / 312 ms mula-mula akak cari, apa maksud antropomorfik. uuiii... sepanjang hidup, tak pernah jumpa perkataan tu. nak sebut pun tergagap tau. ok, bila dah tahu maksud baru best nak baca. dan memang akak tak salah duga, karya penulis muda Sharina Elisa memang tak pernah mengecewakan. korang yang suka baca kisah yang bukan biasa-biasa boleh cari karya penulis cantik ni. delina, diarahkan ke diamond academy kerana setiap minggu ada saja kematian yang berlaku. dia dapat mengesan tapi masih tidak dapat sabitkan kesalahan pada sesiapa. uniknya kisah ini, korang memang payah nak agak siapa dalang sebenar. boleh kata sama saja halimunan dengan penjenayah yang lakukan semua pembunuhan. suspek seperti sera, yang tak punya perasaan memang boleh dicurigai, tapi betul ke teman sebilik delina tu yang lakukan semua? tapi bagaimana, sebab pembunuhan tetap berlaku walaupun sera ada depan mata delina? cantik perjalanan kisah

Review Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Farhain

Ulasan:  Farhain Ismail Judul: Delina Aku Antropomorfik Penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd, Cetakan pertama Januari 2019. Karya: Sharina Elisa ISBN: 978-967-478-867-4 Buku ini merupakan sebuah novel ringan, genre fiksyen sains. Novel ini dibahagikan kepada 14 bab, dan mempunyai 312 muka surat. Kisah bermula apabila watak utama iaitu seorang gadis berumur 17 tahun bernama Delina Nur Aisya dihantar bersekolah di Diamond Academy. Delina sebenarnya seorang manusia robot yang dicipta oleh Dr. Cynthia seorang pakar robotik di Malaysia Secret Robot Investigator (MSRI). Misi MSRI adalah untuk membantu menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara tanpa tentera manusia menjelang 2030 nanti. Delina dikehendaki menyiasat tentang jenayah yang berlaku di akademi tersebut. Hampir setiap malam Jumaat akan berlaku kematian mengejut melibatkan penghuni hostel. Setiap kali berlaku kematian, pembunuhnya tidak diketahui. Dikatakan juga akademi itu dihuni hantu yang membantu manusia untuk berb

Teaser secoet: Delina, Aku Antropomorfik

Image
Alat pengimbas kod bar sebesar telapak tangan dipegang Cynthia dibawa kebelakang leher Delina. Automatik laptop-nya berjaya disambungkan dengan sistem pangkalan data Delina. Pada skrin komputer muncul imej Delina berwarna hijau dari kakihingga kepala. Ia merujuk kepada peratusan bateri Delina yang penuh. “Apa puan buat ni? Ni kawasan akademi!” “Kau risau?” Cynthia mengangkat kening. “Aku ini robot, puan. Mustahil aku risau!”  Cynthia tertawa kecil. Dia tahu Delina tidak tahu membezakan emosi sendiri. Inputdata yang terhad membuatkan robotnya agak jauh untuk dikategorikan setaraf manusia. Dia mula mengeyakan kerisauan Tan Sri Ibrahim sekiranya terdapat sebarang lompongyang boleh menyebabkan kegagalan mencapai visi dan misi penubuhan MSRI. “Puan buat apa kat sini? “ Kau diamanahkan dengan misi yang besar, Delina. Jadi, kau tak boleh biarkanorang meragui kau. Manusia ni bila dia marah, riak muka dia lain. Bila dia dengar bendasedih, dia nangis. Bila dia dengar benda lawak,