Posts

Showing posts from 2012

Bukan Bisikan 20 & 21

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi “Cantik kedai kau,” puji Ikram Hafiz Ikhlas. Ke sana ke sini kakinya melangkah. Matanya melilau ke setiap sudut. “Taklah. Biasa je,” “Besar. Macam-macam ada,” Kagum Ikram Hafiz. “Tak payah nak puji-puji. Kan kembang semangkuk, aku jugak yang susah,” Kedua-dua jejaka itu ketawa terkekeh-kekeh. Sejak ‘lunch date’ bertiga hari minggu lalu, jejaka berdua itu rapatnya seakan saudara. Melepak di kedai milik Aiman Haikal sahaja kerjanya. “Kau tak sambung belajar?” soal Ikram Hafiz tiba-tiba. Aiman Haikal senyum kelat. Malas membuka hikayat lama. “Aku datang dari keluarga miskin, Ikram. Tak macam orang lain. Aku nak belajar kat sekolahpun tak larat nak bayar yuran. Kau tahu, aku apa yang aku buat supaya aku dapat sekolah?” “Kau kerja?” “Aa .. aku kerja. Macam-macam kerja aku buat. Kerja kat warung makan. Kutip besi buruk. Kutip t

Bukan Bisikan 18 & 19

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi *18* Anak-anak kecil itu sudah lena beradu. Termenung panjang Mia Adyla di depan komputer ribanya. Sesekali rambut si kembar itu dibelai. Kasihnya tertumpah ke situ. Pada si anak yang dilahirkan. Hidup bukan semudah bicara .. Hati bukan serapuh kaca .. Sembuhnya luka bukannya menggunakan plaster .. Sembuhnya luka perlukan masa .. Makin hari .. daddy semakin berusia ... Aku belajar mendaki dari masa ke masa ... Gunung korporat .. Di sini .. aku belajar bertatih .. Disini .. aku belajar merangkak .. Hingga aku mampu berdiri . Hingga aku mampu berlari .. Tapi ... Tegarkah aku ? Mampukah aku ? Merintangi jalan berliku ? Lima tahun ku tuntut ilmu di sana .. Akanku jadikan dasar .. Akanku jadikan landasan ... Pemangkin kejayaan FNM Sdn. Bhd ... *** “Cik Mia, ini fail yang cik minta

Bukan Bisikan 16 & 17

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi     *16* Aiman Haikal memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan. Resah memburu langkahnya. Masuk saat ini sudah berapa kali keluhan sama dilepaskan. Ikram Hafiz? Siapa kau, erk? Kau nak potong line aku ke? Mana aku nak cari mamat ni?? Sejak semalam lenanya menjauh. Seakan memaksa otaknya berfikir. Mencari siapa empunya nama. Hatinya kurang senang. Terasa kali ini impian untuk memiliki wanita bernama Mia Adyla semakin menjauh. Ah! Sukarnya mendekati wanita itu. Apatah lagi, memiliki hatinya.             Mengiring tidak kena. Berbaringpun tidak kena. Rambutnya ditebak kasar ke belakang. Rungsing! “Bolehlah. Hari ni je. I rindu nak jumpa adik dan kakak,” Merengek pula si Ikram Hafiz. I rindu nak jumpa you jugak. Rindu nak tengok senyuman manis you tu. Cantik sangat. Bisik hati kecilnya nakal. “Ala, ciannya kat dia.