Bukan Bisikan 1, 2 & 3
Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi
Bukan
mudah untukku tafsir isi hatimu ..
Bukan
mudah untukku fikirkan apa yang dirimu mahu ..
Jika
degupan jantungmu bukan lagi milik aku ..
Kenapa
harus kasih suciku diperlaku sebegitu?
Aku
keliru .. benar-benar keliru ..
Apa
yang kau mahu dariku sebenarnya?
Laju jemarinya menari di dada keyboard. Button create post ditekan.
Mia Adyla mengeluh lemah. Terus lappy kesayangannya dimatikan.
Bingung. Bingung apabila memikirkannya.
Kenapalah hatinya begitu sukar melupakan lelaki yang hanya tahu permainkan hati
wanita sepertinya?
Mia Adyla tarik nafas. Dalam. Dia tekad.
Kali ini dia mesti bertegas dengan hidupnya sendiri. Untuk apa diseksa lagi
diri sendiri andai merana sahaja yang jadi upahnya?
*2*
Pagi-pagi lagi, Aiman
Haikal sudah posing dimeja kaunter.
Menunggu si gadis idaman mengorak langkah ke dalam.
Masuk kali ini, sudah
empat kali dia berulang-alik ke tandas. Semata-mata ingin memastikan penampilan
tampil kacak dan kemas. Sesekali, mata Salina melirik kurang senang melihatnya
sebegitu.
Ah! Bukannya dia tak
sedar! Bukannya dia tak perasan tapi sengaja dibuatnya tak faham. Untuk apa
dilayan kalau arah hatinya bukan untuk gadis itu tapi sudah lekat di empunya
badan yang masih jua tak diketahui namanya.
Ya! Hari ini, akan dipastikan pemilik
senyuman manis yang menggoda itu diketahui nama.
Aiman Haikal tanam hasrat!
Aiman Haikal tanam hasrat!
Salina berjalan melenggok pabila
melintasi majikannya. Dengan eye liner
hitam pekat macam mafia. Dengan lipstik merah menyala dah macam buah delima.
Dengan pemerah pipi yang dah macam opera membuatkan naik meluat pula dilihat.
Bukankah seorang gadis itu kelihatan
lebih menawan andai mempamerkan kecantikkan semulajadi?
Tona wajah yang asli?
Salina mengelap cermin-cermin kaca yang
sudah mula tampak berhabuk.
Welcome!
Ujar suara operator yang telah disettingkan apabila pelanggan melangkah masuk ke dalam kedai.
Ujar suara operator yang telah disettingkan apabila pelanggan melangkah masuk ke dalam kedai.
Aiman Haikal memaling sekilas.
Gadis tu!
Teruja amat!
Meleret senyuman Aiman
Haikal tatkala itu. Setiap minggu pasti kedatangan gadis berjeans putih itu
dinantikan. Dengan wajahnya yang ayu bertudung litup. Sungguh manis dipandang.
Gaya selamba gadis itu
diperhatinya dengan penuh minat. Kali ini, gadis itu berkemeja merah jambu,
bertudung putih dan berjeans putih.
Suka benar awak pakai jeans putih!
Suka benar awak pakai jeans putih!
Ralit matanya mengekori
gerak-geri si gadis yang masih leka memilih. Sesekali jari telunjuk si gadis
menunjuk ke arah dagunya. Lagak memikirkan sesuatu.
Aiman senyum sendiri.
Diperbetulkan baju kemejanya. Agar nampak lebih hensem dan kacak. Aiman senyum
lagi. Perlahan-lahan, dia menapak keluar dari
meja kaunternya.
Kusyuk benar gadis itu
memilih warna manik-manik yang dipamerkan.
Langsung tidak dihiraukan karenah para pembeli yang lain.
“Boleh saya bantu, cik?” Aiman Haikal
menyoal.
Penuh gentleman suara dilontar.
Mia Adyla terperanjat lantas senyuman
terukir dibibrnya. Terus meningkatkan kadar denyutan jantung milik Aiman
Haikal.
“Saya terlupa warna manik yang customers saya pesan, sebenarnya,”
“Oh, jadi cik ..,”
Sengaja memberhentikan kata-katanya.
Berniat mahu mengetahui nama si empunya diri sebenarnya.
“Mia .. panggil saya Mia sahaja,” ujar
gadis itu seraya mengukir senyuman. Manis sekali.
“Oh, Mia. Mia sahaja? Nama panjang
sikit ?”
Hehehe .. ulat bulu naik daunnn
“Mia Adyla,”
Senyum lagi bibir itu. Cantik. Merah semulajadi tanpa sebarang olesan solekan.
Senyum lagi bibir itu. Cantik. Merah semulajadi tanpa sebarang olesan solekan.
Gadis seperti ini yang didambakan.
Bukannya pelakon opera yang dinantikan.
“Cantik nama tu. Secantik empunyanya,”
ringan sekali mulutnya memuji.
Mia Adyla senyum malu. “Jadi, Mia ni jual manik-manik ni semua
dekat customers Mia pula? Maknanya
jual atas beli?”
Mia Adyla angguk dan geleng.
Aiman jungkit kening. Tidak faham.
Mia Adyla senyum lagi. “Saya hasilkan
gelang dari manik. Sape yang nak manik?” seloroh gadis itu.
Aiman teruja. Terkekeh dia ketawa. “
Wah, pandai awak ya!”
“Tak adalah! Sikit-sikit bolehlah,”
“So,
siapa customers awak? Awak hantar
kat mane?”
“Semua pelayar internet. Maksud saya,
yang melawat blog saya,”
“Oh, perniagaan internet? Dasyat tu,”
“Tak adalah. Tak ada dasyatnya pun,”
“Bolehlah bagi saya alamat blog.
Rajin-rajin, boleh saya jengah ke sana. Lagipun, saya ni suka buat misi
mengembara ke blog-blog,” ujar Aiman Haikal terlebih ramah.
“Oh, boleh je! Miaadyla.blogspot.com
erk salah! Cute-cute.blogspot.com,”
Aiman Haikal tertawa kecil. “Awak ni
kelakar!”
Erk, kelakar ke?
Mia Adyla garu tudung. “Emm .. oklah,
saya nak manik yang ni 100 biji, emm .. amiklah semua jenis, setiap satu nak
100 erk. Saya kena pergi pejabat pos pulak ni. Ada urusan. Boleh awak tolong
bungkuskan sekarang?”
Teringat kotak-kotak bungkusan di dalam
perut keretanya, tiba-tiba.
“Kalau macam tu, saya hantarkan jet kat
rumah awak, memandangkan awak nak cepat,”
“Hah? Hantar jet kat rumah saya? Saya
nak manik. Jet tak mahu,”
Ujar Mia Adyla seraya ketawa kecil.
Aiman Haikal garu belakang leher.
Bukan saja cantik, erk?
“Tersasul la, awak. Saya tolong
hantarkan kat rumah awak,”
“Erk, tak perlulah sehingga susahkan
awak!” lembut gadis itu menolak.
“Mana ada susahnya. Tak ada hallah,”
“Betul ni? Oklah, ni kad saya. Saya
pergi dulu. Terima kasih banyak-banyak,”
Tergesa-gesa Mia Adyla melangkah keluar.
Menuju ke arah Perdana v6nya.
*3*
Saban
hari hatiku merintih ..
Desakan
hidup buatku perit ..
Kenapa
aku diperlaku sebegini ?
“Hoiii!!!” Irfad Hakimi menjerkah
kasar.
Tali leher direntap kuat. Hingga terkoyak!
Dari tingkat bawah suara jantannya
kedengaran. Naik malu Mia Adyla pabila jiran-jiran mendengar. Bukan tak pernah
telinganya mendengar jiran-jiran menuduhnya bukan-bukan. Bukan tak pernah
telinganya disaji dengan umpat cercaan. Ditebalkan saja telinga. Penat mereka
berbicara, diamlah tu.
Terdengar bunyi tapak kaki lelaki itu
berlari laju. Ke tingkat atas.
Bagai bergegar rumah. Manakan tidak?
Masuk ke rumah dengan memakai kasut. Bagaikan tiada langsung adab Melayu.
“Jantan sial mana kau bawak pulang tu,
hah?” soal lelaki itu lantang.
Dengan mata terbeliak bulat, dengan mata
merah menyala bagai penagih dadah, cukup membuatkan tubuh kecil itu menggigil
ketakutan. Amukan si suami tak pernah mengenal siapa. Langsung tiada rasa belas
berbekas. Hanyut terus dirasuk amarah.
Tergamam Mia Adyla dibuatnya, terus
jarinya menekan ‘lock’.
Irfad Hakimi mendekat. Rambut separas
bahu Mia Adyla direntap. Menjerit gadis itu kesakitan. Cuba melawan. Cuba
melepaskan pegangan kuat insan bernama lelaki.
“Sakitlah!”
Irfad Hakimi mencerlung garang. Disemban
muka Mia Adyla ke meja komputer. Kuat!
Lebam tiba-tiba.
Berpinar pandangan Mia Adyla. “Melawan
lagi??”
Beroktaf-oktaf suara Irfad Hakimi.
Mia Adyla tahan air matanya daripada
merembes keluar. Bergenang di kelopak mata. Rasa sakit berdenyut di dahi diabai
lantaran, sakit di hati makin bertambah tahap. Dari hari ke hari. Bagaikan lava
gunung berapi. Menunggu masa meletup.
Irfad Hakimi menarik kasar tangan gadis
itu. Terdorong ke depan. Terhantuk ke dinding. Kasar. “Auch, awak sakitlah!
Lepaskan saya. Tolong lepaskan saya. ... awak ... lepas .. kan sa .. ya ..,” rayu
Mia Adyla. Nadanya bergetar.
Beginikah layanan seorang suami kepada
isteri? Dilayan sesuka hati?
Diheret kasar gadis itu ke pintu pagar.
Puas Mia Adyla meronta.
“Awak, awak nak bawak saya ke mana ni,
saya tak pakai tudung!”
“Tak payah pakai tudung! Perempuan tak
de maruah macam kau ni, tak payah pakai tudung!!”
Memerah lengan gadis itu dikerjakannya.
“Woi, jantan sial! Ni bini aku!! Bini
aku kau tahu? So, jangan nak menggatal dengan bini aku. Pergi balik kau
sekarang!!!” ditunjal-tunjal dahi gadis yang digelarnya ‘bini’.
“Awak!! Lepaskan saya!!”
Sekali lagi gadis itu meronta-ronta.
Aiman Haikal memandang geram ke arah
Irfad Hakimi. “Kau ni lelaki ke? Kalau kau ni laki dia, kau takkan berkasar
dengan dia. Aku datang bukan nak menggatal. Aku nak bagi barang-barang dia ni,
hah!”
Satu beg yang dipenuhi manik-manik
diunjukkan kepada Irfad Hakimi. “Woow! Sekarang kau dah pandai tidur rumah
lelaki lain?”
Pang !
Satu tamparan hinggap dipipi Mia Adyla.
Aiman Haikal terperanjat. Ditumbuk kuat
lelaki durjana itu lantas, tangannya menerkam Mia Adyla. Menarik gadis itu,
terus masuk ke dalam kereta.
“Woii!!! Kau nak bawak bini aku pergi
mana??” jeritnya lantang.
Para jiran yang mendengar menggeleng.
Masak sudah dengan perangai si panas baran. Ada sahaja yang tidak kena dengan
manusia dipanggil isteri.
Sejak
tadi Mia Adyla menunduk.
Malu. Marah. Geram dengan lelaki itu. Lelaki yang selama ini menabur
sejuta rasa. Sejuta janji. Mahu membahagiakannya. Mahu menjadikannya ibarat
bidadari ditaman istana bahagia mereka.
Tapi .. kemana perginya semua itu ?
Janji hanya janji .. kenangan hanya tinggal kenangan ..
X5-01 dipoket seluarnya bergetar.
Pantas, tangannya mencapai.
Kau
jangan ingat kau akan terlepas. Sampai mati, aku takkan ceraikan kau ! Kau
penipu !! Kau layak terima hukuman macam ni!!!
Gadis itu sebak.
Saya
dah buat apa kat awak? Saya tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri awak.
Saya buat apa saja yang awak nak, awak suruh tapi apa yang saya dah buat kat
awak, sampai awak sanggup buat saya macam sampah? Saya buat apa kat awak, saya
awak sanggup tuduh saya penipu? Tak ada maruah? Awak bagitau saya, awak
bagitau saya!!!
Aiman Hakimi sesekali mengerling ke arah
gadis yang baru sahaja diselamatkan olehnya itu. “Mia? ... kalau awak nak
nangis, nangislah,”
Mia Adyla berpaling. Memandang tepat ke
arah lelaki itu sebelum ketawa plastik dilempar keluar.
“Apa yang akan berubah kalau saya
menangis? Membazir air mata saja,”
“Tapi sekurang-kurangnya awak akan
lega,”
“Buat sementara? ..,”
1 new message
Button
read ditekan.
Betul? Betul kau nak tahu sangat? .. Kau PENIPU!! Kau ingat malam pertama kita?
Kau tahu kan yang kau tu dah tak ada dara kan? Tapi kau masih lagi pura-pura
alim. Aku tahu, kau dah pernah tidur dengan jantan lainkan? Kau takut kau
mengandung so, kau kahwin dengan aku. Nanti, bolehlah kau tutup malu, cakap
yang tu anak aku? Bukannya anak haram???
Mia Adyla terasa nafasnya bagai tersekat
dikerongkang.
Astaghfirullah .. so, sebab ni kau layan aku macam ni ?
Comments