Posts

Showing posts from November, 2012

Bukan Bisikan 14

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi   Ikram Hafiz mengeluh resah. Jiwa dan mindanya serabut amat. Rindu bersarang sarat. Ke hulu ke hilir langkah Ikram Hafiz digorak. Rambutnya yang digel tegak diraup kusut. Bayangan si manis bertudung litup bermain-main di matanya. Resah  jiwanya kian dalam. Tiga hari matanya tidak menjamu wajah itu. Iphone4 nya dijeling. Ringan sahaja tangannya mencapainya. Kepalanya digeleng-gelengkan lalu diletakkan kembali gajet itu. Ikram Hafiz menghempaskan badannya ke atas tilam rebond lapan incinya. Cuba melelapkan matanya yang langsung tidak mahu dibuai lena. Arghh! Kenapa ni? Semuanya tak kena. Kenapa aku asyik ingat kat dia je ni? Tak mampukah aku nak lupakan wajahnya walau sesaat? Aiman Haikal termenung. Pintu kedainya sudah tiga hari direnung. Naik hairan Salina, pekerja kesayangannya memikirkan perangai majikannya itu. Dulu tidak be

Bukan Bisikan 11, 12 & 13

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi   *11* Lima tahun berlalu .. Mia Adyla tarik nafas. Dalam. “Kembali juga aku disini,” bisik hati kecilnya. Tudung dikepalanya diperbetulkan. Anak-anak kecil yang dipimpinnya dipandang. Kasihan budak-budak ni! “Mama ... adik penat ... adik nak tidur .. adik letih ..,” rintih si kecil empat tahun itu sebaik sahaja kakinya berpijak di bumi Malaysia. “Adik ni, nantilah. Nanti, bila kita dah sama rumah nenek nanti, kita berehatlah,” si kakak pula memujuk. Mia Adyla memandang Ikram Hafiz seraya bertukar senyuman. Bangga Mia dengan keletah anak-anaknya. “ Ok lah, I minta diri dulu. Ye la, ikutkan hati, I nak ikut you balik tapi yelah, I ajak kahwin, you tak mahu,” Mia Adyla tertawa.  “ You ni suka main-main macam ni. Ok lah, Dr. Ikram Hafiz, thanks kat you banyak-banyak. Kalau tak kerana you , rasanya tak tahu apa yang akan b

Bukan Bisikan 9 & 10

Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi *9* CERAIKAN saya atau saya akan tuntut FASAKH Terus button send ditekan. Kali ini biar dia bertegas. Nampaknya cara berlembut langsung tidak mendatangkan kebaikan. Malah, harganya dirinya dilambung dipijak. Irfad Hakimi yang sedang leka dengan kerja-kerjanya terperanjat apabila Sony Ericson nya bergetar. Whatt?? Gila!! Perempuan ni!! Tombol pintu biliknya dipulas kasar. Sekali lagi dia terperanjat apabila kelibat bengis Aiman Haikal muncul di dalam biliknya. Huh! Budak miskin ni nak apa lagi ni? Terus dia bangun. Mendekati si jejaka yang membara mengalahkan panasnya gunung berapi. “Kau datang sini, apahal?” terus disergahnya kasar. Dicekak kasar kolar baju Irfad Hakimi. Kuat direntap semula oleh Irfad Hakimi. Diperbetulkan kedudukan bajunya. “Kau datang sini kenapa? Nak cari pasal? Aku rasa aku tak pernah be