Bukan Bisikan 11, 12 & 13


Untuk pengetahuan semua, novel ini bakal diterbitkan pada tahun hadapan dan merupakan sambungan kepada Novel Tenggelamnya Warna Pelangi 

*11*

Lima tahun berlalu ..
Mia Adyla tarik nafas. Dalam. “Kembali juga aku disini,” bisik hati kecilnya. Tudung dikepalanya diperbetulkan. Anak-anak kecil yang dipimpinnya dipandang.
Kasihan budak-budak ni!
“Mama ... adik penat ... adik nak tidur .. adik letih ..,” rintih si kecil empat tahun itu sebaik sahaja kakinya berpijak di bumi Malaysia.
“Adik ni, nantilah. Nanti, bila kita dah sama rumah nenek nanti, kita berehatlah,” si kakak pula memujuk.
Mia Adyla memandang Ikram Hafiz seraya bertukar senyuman. Bangga Mia dengan keletah anak-anaknya.
Oklah, I minta diri dulu. Ye la, ikutkan hati, I nak ikut you balik tapi yelah, I ajak kahwin, you tak mahu,”
Mia Adyla tertawa. 
You ni suka main-main macam ni. Oklah, Dr. Ikram Hafiz, thanks kat you banyak-banyak. Kalau tak kerana you, rasanya tak tahu apa yang akan berlaku kat si kembar dua orang ni,”
Digosok-gosok kepala si adik dan kakak yang masing-masing sudah keletihan.
Ikram Hafiz senyum lagi. “I tak main-main. I serius,”
Ok. Sebab you dah letih, otak youpun dah jadi mereng. Ha,ha,ha. Oklah, I nak cari my parents. I pergi dulu. Assalamualaikum,”
“ Waalaikummussalam,”



*12*

Terperanjat sakan si orang tua tatkala bicara selamba meluncur laju dari bibir seksi wanita itu. Lagaknya tiada yang memeritkan pernah berlaku.
Tabah benar si anak menempuhi segala. Menitis air mata si tua yang melahirkannya. Langsung tidak menyangka itu sebab sebenarnya pemergian si anak ke luar negara selama lima tahun.
Lejuh lengan baju Puan Nadia jadinya.
“Kenapa Mia tak pernah nak cerita kat kami selama ni?” teresak-esak tangisan si ibu.
“Mia tak nak susahkan daddy dengan masalah Mia. Daddy sudahlah terpaksa fikir tentang syarikat lagi. Tak sanggup rasanya nak bebankan mummy dan daddy lagi. Cukuplah selama ni, Mia menyusahkan,”
“Mia sayang, mummy dan daddy tak pernah anggap kamu macam beban. Mialah jantung kami, nyawa kami dan juga pengukuh keluarga kita, sayang,”
“Kalau daddy tahu, dah lama daddy paksa Irfad ceraikan Mia tau. Sanggup dia buat anak daddy macam ni?Kurang ajar!” Tuan Fairus bersuara geram.
Akhbar Berita Harian ditangannya digumpalnya kejam. Puan Nadia tersedu-sedan. Ekor matanya memerhati wajah kedua-dua cucunya yang lahir tanpa dipinta.
“Jadi, mereka ni ...,”
“Ya, mummy ... anak dia. Kami bercerai sebaik sahaja budak-budak ni lahir ..,”
“Irfad tahu yang budak-budak ni anak dia?”
Pantas sahaja Mia Adyla menggeleng. “Mia tak pernah bagitahu kat dia Mia mengandung. Mia dah sampai sana dua bulan, baru Mia tahu yang Mia mengandung. ..,”
“Sudahlah, sayang. Naik atas. Mandi dan berehat. Tak perlulah nak fikir apa-apa lagi. Kalau Irfad datang sini, taulah apa daddy nak buat! Kesian daddy tengok budak-budak ni. Tertidur sejak tadi,”
Senyuman pahit diukir.
Tidak mahu merungsingkan hati si anak lagi.




*13*
Berkejaran si kembar di ruang tamu. Riang. Puan Nadia senyum. “Gembiranya hati mereka. Agaknya, macammana penerimaan mereka bila besar nanti ... kalau mereka tahu .... macammana mereka boleh wujud di dunia ni?” hati Puan Nadia berbisik.
Namun, permainan mereka biasanya sekejap cuma. Si adik terlalu cepat letih. Cepat benar wajahnya berubah lesu.
“Kakak! Mana aci!” terdengar jeritan manja si adik.
Si kakak ketawa mengekeh. Suka benar menyakat si adik.
“Adik, kakak, mari sini. Ikut nenek dan atuk pergi pasar,”
“Pergi pasar?” si adik menyoal.
Aa. Pasar,”
“Ada apa kat pasar, nek?” soal si adik sambil kedua tangan mencekak pinggang. Muka teruja dipamer.
“Ikan, sayur, ayam, udang dan macam-macam lagilah,”
“Oo .. macam best je, nek! Kakak nak ikut,”
“Nek, ramai orang tak?”
“Ramailah. Seronok tapi jangan nakal-nakal tau. Nanti susah nenek dan atuk nak cari adik dan kakak,”
“Tak naklah kalau ramai orang nek. Adik tak suka. Susah nak bernafas nanti,”
Puan Nadia ketawa kecil.
Haih! Mia ni, pandainya anak-anak kamu ni bercakap
“Kalau adik tak nak ikut, kakak pun tak nak ikut,”
“Kalau kakak nak ikut nenek tak apalah. Adik duduk kat rumah dengan mama,”
“Kakak nak jaga adik. Kalau adik tak mahu pergi, kakak pun tak mahu pergi,”
Tuan Fairus senyum. “ Pandai Mia didik anak-anak diakan, Ya,”
Puan Nadia angguk. Senyuman suaminya dibalas.

Aku bahagia kini ..
Walau tanpa seorang insan bernama suami disisi ..

Mummy .. daddy ..
Thanks kerana memahami ...

Ikram Hafiz ...
Terlalu banyak jasamu padaku ...
Aku tak betah mengaku mampu ..
Tanpa dirimu ..

Silamku lima tahun yang lalu ..
Zaman gelapku yang pilu ..

Saat kau sahkan aku berbadan dua ...
Aku merana ..

Bagaimana mampu aku berdiri ..
Tanpa kekuatan didalam diri ..

Aiman Haikal ...
Aku  tak tahu dimana kau mendapat emailku ..
Kiriman email-emailmu ... menguatkan aku ..
Andai kita dapat bertemu ..
Sejuta ucapan ingin kuungkap buatmu ...

Aiman Haikal ...
 Bagaimana kau terlalu memahami aku ?
Bagaimana kau terlalu mengetahui tentang aku ..

Setahuku ...
Diriku ini tidak pernah memberitahumu ..
 Apa-apa tentang diriku ...

Aku benar-benar keliru ..
Benar-benar tak memahami caramu ...

Aiman Haikal ..
Dirimu terlalu mengambil berat tentang diriku ..
Kadang-kadang sikapmu itu buatku gusar ..
Bimbang diri ini disayangimu ...

Aiman Haikal ... Ikram Hafiz ..
Aku terlalu takut .. andai cinta menguasai kalian ..
Aku terlalu takut .. andai kalian mempunyai alasan ..
Aku terlalu takut ... andai ...

Irfad Hakimi ...
Kau boleh jalan ..
Walau seribu kata maaf meniti dibibirmu ..
Sebesar hama tak dapat kuterima ...
Kejamnya kau ... kasarnya kau ..
Cukup menyeksa hati kecilku ...



Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Bab 10 Novel Couple 3 Suku