Posts

Showing posts from May, 2017

BILA CINTA MILIK DIA

Image
Keretanya diparkir elok. Alarm kereta ditekan. Tidak sangka yang Rania akan bersetuju dengan tawarannya. Hari tu, bersungguh menolak. Sehinggakan terus angkat punggung. Blah!     Adel memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Sambil matanya menangkap sesuatu. Serta-merta, dia tersenyum sendiri. Sengaja dia berjalan kalut. Seperti orang ingin cepat. Langkahnya tergesa-gesa. Raqilla yang sedang berjalan di hadapan disaingi langkahnya. Terpukau mata lelakinya melihat lenggok bekas isterinya itu dengan stiletto hitam. Dia cuba menganggar sendiri. Mungkin dalam tujuh inci. Kalau terjatuh, macam mana. Hatinya diterjah rasa risau. ‘Perempuan ni tak kira kerja kat mana pun hendak bergaya ke? Jadi tukang jahit pun nak berstiletto ke?’ desisnya dalam hati. Kalau tidak salah ingatannya, pernah dulu dia memarahi Raqilla kerana berstilleto. Apa perempuan itu tidak dapat mencerna kenapa dia melarang? Tapi silapnya jugak. Marahkan isteri sendiri berstilleto tapi bila perempuan lain bergaya sebegi

TAk DAPAT PERGI KE PBAKL?

Image
Pergi PBAKL tak jumpa booth SO ya? Relaks-relaks. Tak pe-takpe. PESTA BUKU ONLINE kan ada ^_^ Still harga PBAKL cuma ada postage. Rm9 untuk seluruh Malaysia ♡♡♡ Psst: kad debit siswa pun boleh guna . Beli-beli jugak. Novel NALAR jangan lupa beli :p

Apa yang korang dapat teka daripada cover novel NALAR?

Image
Memula korang tengok cover NALAR ni, apa yang terlintas dalam otak korang? Cerita hantu? Cerita seram? Takla! ^_^ Nalar kisah seorang budak 4 tahun. Masa kecil, masa dia masih bayi, ayah dia letak cip berkomputer dalam otak. Sebab apa ayah dia buat macam tu? Cip tu dicipta untuk kegunaan ketenteraan sebenarnya tapi orang jahat nak. Nah, teaser ♡♡♡ Jari-jemarinya digenggam sekuat hati. Terasa hendak menjerit sekuat-kuatnya. Hakikat Fella akan mati kalau cip itu ditanggalkan daripada otak cukup membuatkan nafasnya seperti hendak putus. Malah, lagi teruk apabila cip itu akan meletup sendiri sekiranya dipisahkan dari otak Fella! Imanina raup mukanya kasar. Apa tujuan Prof. Farhan menetapkan keadaan sebegitu? Tak sayangkan nyawa anak sendiri?

PBAKL 2017 - JOM BELI NOVEL

Image
TEASER 1: “Itu kau! Yang pandang luaran semata-mata. Hati abang ni tak reti nak hipokrit. Kalau kau tahu siapa Nia yang sebenarnya, abang berani cakap, kau akan menyesal atas apa yang kau dah buat kat dia. Tak mustahil, kau telan semula ludah kau.” Raqib menjuihkan bibirnya. Meluat.     “Orang dah angau, si badak legam pun boleh terpegun.” - BILA CINTA MILIK DIA TEASER 2: “Oh… Cik…?” “Ceh, gaya zaman P. Ramlee nak tahu nama la tu…” gumam Insyirah perlahan. “Sorrylah, encik… saya tak boleh tunjukkan jalan keluar tapi kalau encik nak mudah, encik jalan mengundur je dari sini sampai ke muka pintu. Mesti encik ingat jalannya kalau berjalan mengundur, kan?” sambungnya. - COUPLE 3 SUKU TEASER 3: Fella pandang Fathul. Kemudian, dia pandang wajah berparut itu. “Abang ni orang jahat ke?” Tanya Fathul seperti memahami pandangan Fella. Fella cerlung Fathul tajam. Ada pulak tanya soalan macam tu? Wazir dan Sulaiman tergelak. “Muka abang berdua ni macam orang jahat ke?” “Dalam