Posts

Showing posts from June, 2017

Couple 3 Suku? Dah baca?

Image
Dah baca cerita ni? “Muka you ni familiarlah. Macam kawan lama I,” kata lelaki itu sambil memerhatikan wajah putih bersih Insyirah. Insyirah balas pandangan lelaki tampan di hadapannya  itu.  Aril dijentik rasa cemburu. Kut ye pun nak mengorat, tak kan la bakal bini dia pun nak kebas? Depan-depan pulak tu. Aril berdeham.  “You ni… Insyirah yang genius masa sekolah dulu kan?” Aril rasa macam nak tercekik. “You… Farish? Farish yang selalu nak compete dengan I dan hampir-hampir nak gaduh dengan I sebab you nak sangat jadi headboy kan?”

Fella versi remaja

Image
Korang kena dapatkan novel NALAR cepat-cepat sebab nanti akan keluar versi FELLA waktu dia awal remaja (mini novel)  ♡♡♡♡ Fella meniru pergerakan Imanina yang berdiri tegak. Dada Fella sedikit berdebar. Pertama kali dalam hidupnya memegang busur dan anak panah. Dia risau panahannya tersasar. “Relaks je. Biar diri kita rasa selesa. Kaki biar lebih kurang sama jarak dengan bahu. Biar berat ditanggung oleh tumit dan hujung kaki. Baru badan kita stabil.” Fella mengangguk. Imanina meletakkan anak panah dan busurnya ke atas tanah. Dia mendekati Fella dari belakang. Lagaknya seperti keadaan memeluk. Tangan kanannya memegang tangan Fella. Begitu juga dengan tangan kirinya. “Masukkan anak panah ni ke tali panah di bawah penanda nocking. Index Fletch menghala ke arah kita dan tolak dengan lembut ke tali panah. Lepas tu, letak anak panah pada atas arrow rest.” “Kita guna tiga jari untuk tarik tali panah. Jari telunjuk, jari hantu dan jari manis. Jari telunjuk ni kita letak di sebelah atas a

Jom beli novel NALAR dengan harga Murah!

Image
Kalau habis, jangan nangis ya :p BUKU SO ada buat offer  Novel NALAR, harga biasa: RM 23 tapi bila offer jadi RM19.55 Jadi, Apa tunggu lagi? Klik je link ni http://www.bukuso.com/product/nalar-biar-dia-rasa-harga-sebuah-dosa/ Klik di sini Review oleh: Puan Khairunnisa M Husin Penulis Buku Supermama Blogger panduan untuk kediaman khairunnisahamzahara.blogspot.my Pagi sabtu, selesai sudah baca NALAR. Fuhhh... Sudah seminggu rasanya mommy disampuk NALAR. Bagaikan diri sendiri yang menjadi Fel. Bila semua serba serbi buat sendiri di rumah, mummy pun berangan jadi fel. Otak manusia sangat hebat. Otak manusia hebat yang mati sebelum ini dikatakan baru menggunakan 5% daripada kehebatan minda yang Allah kurniakan. Bayangkan jika manusia menggunakan keseluruhan otak yang Allah berikan? MasyaAllah! Jika kita tonton filem Edge of Tomorrow lakonan Tom Cruise, barulah kita tahu di hujung filem itu kenapa Maj.William Cage (Tom Cruise) alami hidup dan mati ba