Misi #bukuso Hendak Menggosongkan Stor



Kawan-kawan meh support misi #bukuso hendak menggosongkan stor 
Ada novel Nalar ( karya saya letuuu ) ada novel Fugitif karya kak Maya Iris Novelis, novel Konspirasi Maharaja karya pak Web Sutera, ada novel She karya bakal pengantin pn Rusilla Ruslin dengan bos Shah Othman, ada karya acip dan maryam Hasif Rayyan D'Raksha, ada Hipotesis Lunar karya Lokman Hakim, ada teroris Syauqie MK dan rakan-rakan penulis yang lain

Mai-mai serbu Cik SO untuk tempahan ♡♡♡♡

☆☆☆Blurb Novel Nalar ☆☆☆



Fella diimplan cip berkomputer ke dalam otaknya. Sekaligus menjadikan dia kanak-kanak genius yang melampaui batas kebolehan manusia.

Dia yang dilarikan oleh Dr. Imanina jauh ke dalam hutan, terselamat daripada turut menjadi mangsa dalam satu insiden yang meragut nyawa Prof. Farhan dan Prof. Amelia, ibu bapa Fella. Cip yang dicipta khas bagi tujuan ketenteraan itu menjadi buruan Ghaffar, penjenayah antarabangsa yang tidak pernah berhenti daripada terus menjejaki cip itu walau dengan apa cara sekalipun.

Bagi mengaburi mata musuh, Imanina membesarkan Fella sebagai lelaki. Nama Nur Fella ditukar menjadi Mohd Feldrick. Imanina yang gusar melihat perkembangan intelek Fella mula menjalankan kajian. Dia mahu mengeluarkan cip tersebut dari otak anak kecil itu. Namun, hasil kajian mendapati cip itu akan meletup sekiranya dikeluarkan. Fella yang mendapat tahu dia akan diserahkan kepada pihak tentera mula melarikan diri jauh ke dalam hutan dan menyahaktifkan sistem keselamatan rumah mereka tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa.

~ ~ ~

Tapi penjahat tu masih ada dua orang. Mereka akan nampak kita. – Fella.

Memang papa nak mereka nampak kita. – Imanina.

Bagi Fel pistol tu papa. Fel boleh tembak mereka tanpa buka lampu. Fel boleh tahu kedudukan mereka. – Fella.

Tidak, sayang. Tangan kamu bukan untuk dikotori dengan darah. Papa ajar kamu menembak bukan untuk membunuh. Kamu tak boleh jadi pembunuh. Buka lampu dan pergi sejauh-jauhnya. – Imanina.








Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Bab 10 Novel Couple 3 Suku