Karnadya buat Offer! Free Postage!

PROMOSI & NOVEL TERBARU dari KarnaDya
Cinta Romantik & Kekeluargaan

--Free Postage--
--Free Postage--

Dari Penulis-penulis BESTSELLER
> Eliza AB
> Bunga Amani
> Dhiyana
> Aina Emir
> Aein Dhiyauddin
> Sharina Elisa
> Nurhayati Isyak
> Mimie Afinie
> Peanut
Best Giler dan pasti tidak mengecewakan anda

Dapatkan sekarang sementara stok masih ada utk promosi FREE POSTAGE

PM SEKARANG atau WHATSAPP 0196174343
www.wasap.my/60196174343
www.wasap.my/60196174343



Teaser BILA CINTA MILIK DIA
Keretanya diparkir elok. Alarm kereta ditekan. Tidak sangka yang Rania akan bersetuju dengan tawarannya. Hari tu, bersungguh menolak. Sehinggakan terus angkat punggung. Blah!
    Adel memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Sambil matanya menangkap sesuatu. Serta-merta, dia tersenyum sendiri. Sengaja dia berjalan kalut. Seperti orang ingin cepat. Langkahnya tergesa-gesa.
Raqilla yang sedang berjalan di hadapan disaingi langkahnya. Terpukau mata lelakinya melihat lenggok bekas isterinya itu dengan stiletto hitam. Dia cuba menganggar sendiri. Mungkin dalam tujuh inci. Kalau terjatuh, macam mana. Hatinya diterjah rasa risau.
‘Perempuan ni tak kira kerja kat mana pun hendak bergaya ke? Jadi tukang jahit pun nak berstiletto ke?’ desisnya dalam hati.
Kalau tidak salah ingatannya, pernah dulu dia memarahi Raqilla kerana berstilleto. Apa perempuan itu tidak dapat mencerna kenapa dia melarang?
Tapi silapnya jugak. Marahkan isteri sendiri berstilleto tapi bila perempuan lain bergaya sebegitu, ralit pula matanya memandang lenggok. Ah, dia lelaki! Normallah tu! Kalau isteri sendiri memanglah risau. Tak elok selalu bertumit tinggi sebegitu.
Sengaja dia mendekati Raqilla dan pura-pura terperanjat.
    “Qilla?” soalan kononnya terkejut.
Anak matanya sengaja dibuat beria-ria. Bibirnya disenyum semanis mungkin.
    “Awak?” soal Raqilla terperanjat.
Raqilla jadi resah. Tidak sangka akan berjumpa di kaki lima sebegini. Pakaiannya ditelit seimbas lalu. Bimbang ada compang di mana-mana. Tidak mahu Adel memandangnya selekeh.
    “Cantik kasut?” tegur Adel dalam nada memerli.
Raqilla gigit hujung bibirnya. Serba-salah. Sebenarnya, ini hari pertama dia memakai stiletto itu selepas dia bercerai dengan Adel. Gian sebenarnya hendak pakai. Yelah, perempuankan nampak bergaya kalau tinggi sebegitu.
    “Lama tak jumpa. Buat apa kat sini?” tanya Adel apabila wajah Raqilla tampak gelisah.
    “Keluar cari barang sikit. Stok benang banyak yang dah habis,” adu Raqilla sedikit manja.
Apabila menyedari intonasi nadanya sebegitu, lekas-lekas dia meneruskan langkahnya. Rasa nak hempuk je kepala sendiri.
    ‘Kau apahal Qilla? Lupa ke dia tu kan bekas suami kau? Apahal kau nak jawab dalam nada manja macam kau ni masih isteri dia?’ marahnya pada diri sendiri.
Adel sembunyi senyum.
    “Nak saya temankan?”
Raqilla telan liur. Perkataan saya yang digunakan oleh lelaki itu ibarat duri yang menembusi salur pernafasannya. Sudah tidak betah lagi ke lelaki tu hendak membahasakan diri sebagai abang? Tapi merekakan bukan suami isteri lagi. Jadi, kenapa dia nak terasa kalau mereka hanya bersaya-awak?
    “Tak payah.”
    “Awak nak saya ikut awak?”
Raqilla ketap gigi. Tak sama ke soalan tadi? Teman dengan ikut tu bawa dua maksud berbeza ke?
    “Tak payah!”
    “Takpe. Biar saya jadi bodyguard awak. Barulah orang tak berani kacau.”
    “Hmm .. tak payahlah!”
    “Awak masih marahkan saya?”
    “Tak!”
    “Awak dah bencikan saya?”

   “Tak!”
Adel mendahului langkah Raqilla. Berdiri di hadapan. Sambil menghalang laluan. Raqilla bercekak pinggang. Gaya berdiri dah macam model.
Mata mereka saling bertentang.
    “Sekarang apa? Ada lagi ke soalan yang saya perlu jawab? Cepatlah, janganlah halang laluan saya! Pekerja saya sorang diri je kat kedai tu! Saya kena cepat!”
Adel senyum lagi.
    “Awak dah makan?”
Raqilla julingkan matanya ke atas. Takkan nak tanya benda tu sampai nak halang laluan?
    “Awak ni kenapa? Macam-macam soalan awak tanya?”
Adel jungkit bahu.
    “Tak ada apa-apa. Mungkin sebab lama tak tengok awak kut. Kalau orang tahu, mesti orang cakap saya ni bodoh, kan? Ada isteri cantik dilepaskan.”
Raqilla mencebik. Sebaliknya, Adel tersengih-sengih merenungnya.
    “Kenapa? Tepilah!”
Raqilla acah-acah marah.
    “Cantik gaya awak. Pakai eye shadow untuk sebelah mata je. Lagi sebelah tak pakai. Fesyen baru, eh?” usik Adel sambil ketawa lepas.
Raqilla ternganga.
“Eye shadow?’ omelnya sendiri.
Ni mesti kerja Raqib pagi tadi.
‘Qib!’ jeritnya dalam hati.
Teringat dia peristiwa pagi tadi.
    “Kak, stokin kat mana?” laung Raqib lantang.
Raqilla yang sedang menyapu warna merah jambu itu ke atas kelopak matanya menjawab, “Ada la dalam laci tu. Kat mana lagi kalau tak ada kat situ!"
    “Kak, tak adalah!”
    “Ada. Cuba cari elok-elok. Banyak ada situ, kan?”
    “Kak, cepatlah! Mana ada stokin yang warna hitam putih tu kat sini?”
Raqilla meletakkan berus mekapnya di atas meja solek. Adiknya yang seorang ni mengalahkan perempuan. Kalau baju warna biru, stokin mesti nak warna biru. Kalau bajunya biru kelabu, mesti nak sama warna jugak. Payah betul!
    “Yalah! Yalah! Kejaplah kak datang!”
Raqilla kembungkan pipinya. Tepuk dahi dan tutup sebelah matanya dengan tangan.
Lepas dia tolong Raqib cari stokin pagi tadi, dah lupa dah dia nak sambung bersolek. Terus pakai tudung dan pergi kerja. Kalau dia pakai selendang yang berlilit-lilit tu, memanglah dia tengok cermin tapi hari ni, pakai tudung sarung terus je. Aci redah terus. Tapi Rania tak adalah pulak tegur dia tadi.
Adel tanggalkan kaca mata hitamnya. Dia melangkah mendekati Raqilla. Dengan senyuman yang tak lekang di bibir, dia sarungkan ke mata Raqilla.
Raqilla telan liur yang seperti tersekat dikerongkong. Mahu sahaja dia mengundur. Tapi kakinya beku tidak mahu bergerak. Degup jantungnya laju. Dadanya jadi berdebar. Darah merah umpama menyerbu ke wajahnya sehingga pipinya terasa kebas.
Apatah lagi, apabila sepasang mata tajam itu terus-menerus memandang ke arahnya.
    “Saya dah jampi kaca mata ni, supaya awak tak pandang lelaki lain selain saya.”
Kendur lutut Raqilla mendengar lelaki itu bersuara seakan berbisik. Panahan tajam mata Adel seakan memanah terus ke dalam hatinya.
Sedar-sedar, bayang Adel sudah lesap. Dia terkesima. Terpana betul dia dengan kata-kata Adel. Ah, kenapa dia selalu lemah kalau dengan Adel tu?
Pipinya ditampar sendiri.
    “Kau ni, Qilla! Boleh tak jual mahal sikit? Dari dulu, kau terhegeh-hegeh dengan dia! Kalau sungguh masih cintakan dia, kenapa kau paksa dia ceraikan kau dulu?”
Psst: nak baca lagi? Meh order Bila Cinta Milik Dia ♡♡♡

Comments

Popular posts from this blog

Sketsa Bloggers Chat Room(BCR)

Ulasan Novel Delina, Aku Antropomorfik oleh Kak Ogy

Bab 10 Novel Couple 3 Suku