Posts

Showing posts from December, 2017

Pencapaian tahun 2017

Image
Karya 2017 1. Bila Cinta Milik Dia (Karnadya Publishing) Cc: En.  Wan Arief Ramli, Pn.  Norlaila Salleh, Cik Karnadya Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup.  Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati. Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan. Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahnya! Sehingga Adel bimbang hendak mendekat. Awal-awal sudah diberi peringatan. Maliqi yang yatim pi

Ulasan Novel: Apa Jadi Dengan Sekolah Kita?

Image
Ulasan oleh: Puan Ogy APA JADI DENGAN SEKOLAH KITA? SHARINA ELISA MAGIC BEAN (GEMPAK STARZ) / 235 ms haa.... bagi anak-anak baca buku ni. bukan anak-anak saja, bahkan dewasa macam kita ni pun boleh baca. semangat juang mahu membetulkan keadaan dan semangat setiakawan tergambar jelas pada keseluruhan penceritaan. tahniah puan penulis Sharina Elisa kerana mampu mengolah kisah dengan baik dan seronok sepanjang pembacaan... sandra, ketua MPP yang sangat berkebolehan dalam pertahanan diri dan juga pemimpin yang amat disegani dikalangan pelajar dan juga guru sekolah. kehadiran leon dari planet urases mula menghuru harakan keadaan sekolah. watak leon ni kira macam ketua yang sangat hampas sebab pentingkan diri sendiri. sewaktu planetnya ditimpa musibah, dia lari teleport ke bumi sedangkan kaumnya di planet itu musnah bersama-sama planet bila dihentam meteoroit.  bila tercampak di sekolah genius star high school dia mula memasang agenda lain.. selain sandra, wildan dan rafael ada

Y. E. S!!! satu RM15

Image
Y. E. S!!!   Satu: RM 15! Dua: RM 30! Tiga empat,  korang kira la sendiri :p TEASER 1: “Itu kau! Yang pandang luaran semata-mata. Hati abang ni tak reti nak hipokrit. Kalau kau tahu siapa Nia yang sebenarnya, abang berani cakap, kau akan menyesal atas apa yang kau dah buat kat dia. Tak mustahil, kau telan semula ludah kau.” Raqib menjuihkan bibirnya. Meluat.     “Orang dah angau, si badak legam pun boleh terpegun.” - BILA CINTA MILIK DIA  TEASER 2: “Oh… Cik…?” “Ceh, gaya zaman P. Ramlee nak tahu nama la tu…” gumam Insyirah perlahan. “Sorrylah, encik… saya tak boleh tunjukkan jalan keluar tapi kalau encik nak mudah, encik jalan mengundur je dari sini sampai ke muka pintu. Mesti encik ingat jalannya kalau berjalan mengundur, kan?" - COUPLE 3 SUKU TEASER 3: Fella pandang Fathul. Kemudian, dia pandang wajah berparut itu. “Abang ni orang jahat ke?” Tanya Fathul seperti memahami pandangan Fella. Fella cerlung Fathul tajam. Ada pulak tanya s