Posts

Showing posts from 2018

Aku, Fella?

Image
Nama aku,  Fella. Umur aku empat tahun. Sebetulnya, aku perempuan. Aku Nur Fella binti Farhan. Tapi kerana tragedi hitam,  aku terpaksa membesar sebagai Feldrick. Budak lelaki yang langsung tak berpeluang untuk berpakaian perempuan. Rutin hidup aku tak sama macam budak-budak yang lain. Mereka pada usia aku, masih galak bermain dan merengek tapi aku dewasa sebelum usia. Cip yang sebenarnya dicipta untuk tujuan ketenteraan telah diimplan ke dalam otak aku kala aku masih lagi bergelar seorang bayi. Kalau papa tak ada, tentu aku sudah mati ditembak. Dr. Imanina yang aku panggil papa itu, mengajar aku berbagai-bagai ilmu. Menembak, memanah, berenang, memanjat dan semua ilmu yang perlu aku tahu bagi membolehkan aku berdiri tanpa bantuan orang dewasa. Kerana cip yang diimplan ini, aku menjadi seseorang yang luar biasa.  Aku mampu mengawal semua mesin berkomputer hanya melalui otak.  Kerana cip yang diimplan ini,  aku kehilangan mereka yang aku sayang. Kerana cip yang diimplan